Wednesday, 2 December 2015

ASSALAMUALAIKUM
segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. yang maha pemurah lagi maha penyayang. bersyukur kita kehadrat Allah yang telah memberikan peluang sekali lagi untuk bertemu dalam perkongsian ilmu kita pada hari ini.

sahabat-sahabat yang saya hormati,
berbalik kepada tajuk kita sebelum ini, iaitu adakah kita pernah merasa nikmat syurga di dunia??
dalam perkongsian yang lepas saya telah kongsikan sedikit berkenaan nikmat yang akan diperoleh orang yang berada di dalam majlis-majlis ilmu.

sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian,
andai kata kita dapat melihat keadaan sebenar dan nikmat yang diperoleh didalam majlis ilmu, nescaya kita tak akan keluar daripadanya. dalam perbincangan kali ini saya akan menerangkan berkaitan hal ini lebih kepada pemikiran yang lebih logikal dan dapat dinilai oleh akal fikiran manusia itu sendiri. seperti mana yang kita tahu, majlis ilmu merupakan tempat kita menuntut ilmu dan menimba pengetahuan yang baru. namun begitu, bukan semua majlis ilmu yang menjadi taman-taman syurga. majlis ilmu yang macam mana yang dikatakan seperti taman-taman syurga tersebut?? majlis ilmu tersebut ialah majlis-majlis ilmu yang dapat mendekatkan diri orang yang berada dalam majlis ilmu tersebut. majlis ilmu yang memberi manfaat kepada orang-orang yang menghadirinya. dan bukan majlis ilmu yang menyebabkan syirik kepada Allah dan melanggar perintah Allah.

sahabat-sahabatyang dirahmati Allah sekalian,
junjungan besar nabi kita Muhammad S.A.W telah diangkat menjadi nabi di gua hira' dan wahyu pertama yang baginda terima daripada Allah S.W.T ialah surah Al-Alaq yang menyuruh baginda untuk membaca. lafaz IQRA' menunjukkan fi'il ammar yang membawa maksud kepada perintah Allah, dan setiap perintah Allah adalah wajib untuk dilaksanakan. Allah memerintahkan manusia untuk membaca dalam kata lain menuntut ilmu. hal ini kerana, dengan menuntut ilmu seseorang itu terlepas dari belenggu kejahilan dan dengan ilmu, seseorang itu tidak akan mudah terpedaya dengan sesuatu. Allah telah turunkan Al-Quran sebagai 'BUKU MANUAL' kepada hamba-hambanya supaya tidak sesat dari jalan yang benar.

sahabat-sahabat yang diredhai Allah sekalian,
saidina Ali pernah berkata, jikalau kamu mahu kejayaan didunia, tuntutla ilmu, jikalau kamu mahu berjaya diakhirat tuntutlah ilmu, dan jikalau kamu mahu berjaya kedua-duanya, tuntutlah ilmu'. hal ini membuktikan bahwa pentingnya menuntut ilmu pengetahuan. dengan adanya ilmu pengetahuan, kita dapat mendekatkan diri kepada Allah dan dapat memberi sumbangan kepada agama Islam. Inilah fungsi sebenar majlis-majlis ilmu iaitu menjadikan seseorang itu berilmu supaya dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Namun begitu, pada hari ini, kita menuntut ilmu tapi ianya tak memberi apa-apa kesan kepada diri kita. kenapa perkara ini terjadi?? hal ini kerana niat kita yang datang ke majlis ilmu tidak betul. kita pergi ke kelas-kelas pengajian untuk belajar supaya dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. segalanya bermula dengan niat. jikalau niat kita untuk dapat ilmu untuk dapat keputusan kita akan dapat. tapi selepas exam ilmu itu akan hilang sikit demi sedikit. niat yang sepatutnya kita tanam dalam hati ialah ikhlas kerana Allah. untuk mendapatkan keredhaan daripada Allah. dengan cara itu, barulah terdapat keberkatan dalam pengajian kita.

Alhamdulillah. setakat itu dulu perkongsian ilmu kita pada hari ini. saya harap, apa yang saya sampaikan pada hari ini dapat membrikan sedikit ilmu yang berguna kepada sahabat-sahabat sekalian. segala salah dan silap adalah datang daripada Allah tetapi disandarkan kepada diri saya sendiri. segala salah dan silap harap dimaafkan. sekian dahulu daripada saya,
ASSALAMUALAIKUM.

1 comment: