ASSALAMUALAIKUM
selamat petang sahabat-sahabat yang saya hormati sekalian,
alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi kerana kita masih dapat bertemu lagi dalam perkongsian ilmu pada petang ini, in shaa Allah. sebelum kita mulakan sesuatu marilah kita sama-sama berselawat keatas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. sesungguhnya, segala usaha dan pengorbanan besar baginda sepanjang hidupnya membolehkan kita merasai nikmat Islam, Alhamdulillah.
sahabat-sahabat yang saya sayangi sekalian,
berbalik pada topik kita pada petang ini iaitu, Pernahkah kita merasakan nikmat syurga diatas dunia??
sahabat-sahabat sekalian, sesungguhnya, Allah itu Maha Pemurah dan lagi Maha Penyayang. diatas dunia lagi Allah dah berikan nikmat yang sangat banyak sehingga tidak dapat dinilai berapa banyak sebenarnya nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada hambanya. nikmat didunia sahaj sudah membuatkan kita terasa seperti disyurga. bagaimana pula dengan syurga yang dijanjikan oleh Allah S.W.T pada akhirat kelak? sudah pasti berkali ganda nikmatnya berbanding dengan dunia ini.
sahabat-sahabat sekalian,
didunia lagi Allah dah tunjukkan kepada kita nikmat syurga, bahkan bukan sekadar nikmat syurga, malah kita pernah berada didalam taman-taman syurga. bila kita pernah berada didalam taman-taman syurga?? dimana taman-taman syurga tersebut?? adakah tempat tersebut adalah taman-taman syurga?? seperti yang semua dah sedia maklum, taman-taman syurga tersebut adalah majlis-majlis ilmu. Tapikan, ramai yang tertanya-tanya kenapa majlis-majlis ilmu itu dikatakan sebagai taman-taman syurga?? betulkan?? jikalau sahabat-sahabat nak tahu, didalam majlis ilmu, para malaikat akan bersusun-susun sehingga ke Arash Allah S.W.T mereka melebarkan sayap-sayap mereka menurunkan rahmat Allah kepada orang yang berada didalam majlis ilmu tersebut.
sahabat-sahabat yang saya sayangi sekalian,
mereka juga akan memohon keampunan daripada Allah untuk setiap hamba yang berada didalam majlis ilmu tersebut. Malaikat adalah hamba Allah yang tidak pernah meninggalkan setiap perintah Allah tambahan pula ingin mengingkari perintah Allah. doa daripada para malaikat in shaa Allah akan didengari oleh Allah dan akan ditunaikan oleh Allah. jikalau dilihat dari sudut itu, sudah banyak nikmat yang telah kita peroleh seperti nikmat rahmat, keampunan dan keredhaan daripada Allah S.W.T.
IN SHAA ALLAH, saya akan sambung perkongsian ilmu kita dalam masa yang terdekat. saya tidak mahu ilmu yang sahabat-sahabat dapat hari ini banyak tapi nanti terlupa. jadi biarlah sedikit tapi berkualiti. in shaa Allah. cuba hadam dulu perkongsian kita kali ini. cuba renung sejenak. selama ini kita pergi ke mana-mana majlis ilmu, tambahan pula majlis ilmu yang terpaksa pergi atas desakan dari pihak-pihak tertentu. cuba belajar ikhlaskan diri dalam setiap perkara, kerana setiap bentuk kesukaran dan cubaan yang kita hadapi adalah datang dari ALLAH. mungkin kita rasa benda tu hanya buang masa sebab tak masuk periksa yang akan datang, tapi Allah perintahkan kita untuk belajar. belajar adalah fardhu ain keatas setiap muslim.
ASSALAMUALAIKUM. :)
No comments:
Post a Comment