Wednesday, 16 December 2015

AMANAH ADALAH TANGGUNGJAWAB DARIPADA ALLAH, BUKAN MANUSIA

ASSALAMUALAIKUM

alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana kita masih lagi dapat menikmati rahmat rezeki dari pada Allah yang maha kaya dengan sifat pemurahnya iaitu AR-RAHMAN

In shaa Allah, pada hari ini saya ingin berkongsi sedikit berkenaan dengan AMANAH.

apa yang para sahabat tahu mengenai amanah??
AMANAH merupakan tanggungjawab yang diberikan oleh mana-mana pihak atau masyarakat tetapi khususnya tanggungjawab itu datang daripada Allah atas dasar kepercayaan bahawa pemegang amanah itu dapat melaksanakannya dengan baik dan jujur. namun, kebanyakan orang memandang hal ini sebagai perkara yang remeh tambahan amanah tersebut bukanlah sesuatu yang penting sebagai contoh dilantik menjadi pengawas perpustakaan.

Amanah bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat mainan kerana amanah itu merupakan tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah tetapi melalui perantaraan manusia. Allah tidak akan kurniakan sesuatu tanggungjawab yang melampaui batas kemampuan seseorang itu melainkan insan tersebut mampu menggalasnya.

Amanah yang paling besar yang harus dipikul oleh manusia ialah menjadi khalifah diatas muka bumi Allah. amanah yang ingin diberikan oleh Allah ini adalah sangat berat sehinggakan jika diletakkan diatas bukit, hancur berkecai bukit tersebut. ini menunjukkan bahawa Amanah itu sangat berat untuk dipikul, namun manusia mewakilkan diri untuk memikul amanah tersebut diatas muka bumi ini.

oleh itu, kita sebagai hamba Allah yang beriman terhadap kewujudan dan kekuasaannya bertanggungjawab memikul amanah ini. kita adalah khalifah yang telah diutuskan oleh Allah diatas muka bumi ini, maka sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mengajak manusia kembali beriman kepada Allah dan mencegah perkara-perkara yang boleh mendatangkan syirik kepada Allah. kita juga bertanggungjawab dalam mengajak manusia melakukan kebaikan dan perintah Allah dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran dan larangan Allah.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda dalam sebuah hadith yang membawa maksud,


tanggungjawab kita terbahagi kepada dua kumpulan besar iaitu Amanah kita terhadap Allah dan kumpulan yang kedua ialah amanah kita terhadap manusia. Antara amanah-amanah kita terhadap Allah telah saya terangkan sebentar tadi dan saya ingin menambah satu lagi iaitu, beribadat kepada Allah.

Allah berfirman dalam Al-Quran yang membawa maksud ;
 Tidak aku jadikan manusia dan jin itu hanyalah untuk beribadat kepadaku.

kita juga mempunyai tanggungjawab kepada manusia antaranya ialah, kita sebagai hamba Allah iaitu khalifah dan kita bertanggungjawab terhadap semua manusia. kita juga merupakan saudara seislam dan kita bertanggungjawab terhadap semua umat islam. kita juga mempunyai ahli keluarga, maka kita bertanggungjawab terhadap ahli keluarga kita. bagi seorng pelajar, kita bertanggunjawab untuk menuntut ilmu manakala jika kita sebagai majikan, maka kita bertanggungjawab terhadap para perkerja kita. konklusinya, kita bertanggungjawab setiap apa yang kita pimpin.

setakat ini sahaja dahulu berkenaan amanah. jika ingin dibicarakan dengan lebih mendalam, saya bukanlah insan yang sesuai untuk memberikan hujah. saya hanya ingin mengingatkan kembali amanah kita terhadap Allah dan amanah kita terhadap manusia. amanah ini tidak boleh dibuat main-main kerana apabila kita memegang amanah, sebelah kaki kita telah berada didalam syurga, manakala sebelah lagi berada didalam neraka. harap para sahabat dapat mengambil ikhtibar dan marilah sama-sama kita memperbetulkan diri kita balik. IN SHAA ALLAH.

ASSALAMUALAIKUM.

No comments:

Post a Comment