Wednesday, 16 December 2015

Surah Al-Fatihah bukan surah yang biasa tapi luar biasa

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,
segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam,yang maha pemurah lagi maha penyayang, yang menguasai hari pembalasan, hanya kepada engkau kami sembah dan hanya kepada engkau kami memohon pertolongan, tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang engkau berikan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

ayat-ayat diatas merupakan terjemahan daripada surah Al-Fatihah, ibu kepada Al-Quran.

Kenapa ia dipanggil sebagai ibu Al-Quran??

kerana setiap Ayat yang terkandung dalam surah ini menceritakan keseluruhan isi Al-Quran itu sendiri. ia merupakan huraian ringkas mengenai seluruh isi kandungan kitab Allah yang suci ini. banyak faedah dan manfaat yang boleh kita peroleh daripada surah ini. walaupun ianya pendek tak bermakna ia kurang bermanfaat. surah ini digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian seorang umat islam.

seperti mana yang kita semua sedia maklum, Al-Fatihah adalah bacaan wajib dalam semua jenis solat dan ia menjadi satu kewajiban kepada semua umat islam untuk melafazkan surah Al-Fatihah dalam solat atau solatnya tidak akan sah. begitu pentingnya surah Al-Fatihah dalam solat kita. bacaan Al-Fatihah juga seringkali dibaca pada sebarang permulaan majlis-majlis ilmu.

antara kelebihan dngan mengamalkan surah Al-Fatihah ialah, boleh digunakan dalam perubatan. ini terbukti dalam kisah para sahabat dimana mereka tidak tahu apa yang perlu mereka bacakan untuk menyembuhkan penyakit lalu mereka membacakan surah Al-Fatihah lalu ditiuokan kedalam air untuk pesakit. dengan izin Allah, penyakit tersebut sembuh.

antara kegunaan lain adalah menunaikan hajat yang dipinta.
Sesiapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah SWT, maka bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali di antara Solat Sunat Subuh dan Solat Fardhu Subuh selama 40 hari(tidak lebih) kemudian memohon kepada Allah SWT, maka Insya Allah akan dipenuhi keperluan hidupnya. dengan izin tuhan.

sebenarnya banyak kelebihan daripada surah Al-Fatihah cuma keyakinan terhadap kekuasaan Allah itu adalah lebih penting bagi setiap pengamalan surah ini. 

semoga sahabat-sahabat sekalian dapat mengamalkan surah Al-Fatihah sebagai amalan harian. semoga hidup para sahabat diberkati dan dirahmati oleh Allah. In shaa Allah.



No comments:

Post a Comment