ASSALAMUALAIKUM
selamat petang sahabat-sahabat yang saya hormati sekalian,
alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi kerana kita masih dapat bertemu lagi dalam perkongsian ilmu pada petang ini, in shaa Allah. sebelum kita mulakan sesuatu marilah kita sama-sama berselawat keatas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. sesungguhnya, segala usaha dan pengorbanan besar baginda sepanjang hidupnya membolehkan kita merasai nikmat Islam, Alhamdulillah.
sahabat-sahabat yang saya sayangi sekalian,
berbalik pada topik kita pada petang ini iaitu, Pernahkah kita merasakan nikmat syurga diatas dunia??
sahabat-sahabat sekalian, sesungguhnya, Allah itu Maha Pemurah dan lagi Maha Penyayang. diatas dunia lagi Allah dah berikan nikmat yang sangat banyak sehingga tidak dapat dinilai berapa banyak sebenarnya nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada hambanya. nikmat didunia sahaj sudah membuatkan kita terasa seperti disyurga. bagaimana pula dengan syurga yang dijanjikan oleh Allah S.W.T pada akhirat kelak? sudah pasti berkali ganda nikmatnya berbanding dengan dunia ini.
sahabat-sahabat sekalian,
didunia lagi Allah dah tunjukkan kepada kita nikmat syurga, bahkan bukan sekadar nikmat syurga, malah kita pernah berada didalam taman-taman syurga. bila kita pernah berada didalam taman-taman syurga?? dimana taman-taman syurga tersebut?? adakah tempat tersebut adalah taman-taman syurga?? seperti yang semua dah sedia maklum, taman-taman syurga tersebut adalah majlis-majlis ilmu. Tapikan, ramai yang tertanya-tanya kenapa majlis-majlis ilmu itu dikatakan sebagai taman-taman syurga?? betulkan?? jikalau sahabat-sahabat nak tahu, didalam majlis ilmu, para malaikat akan bersusun-susun sehingga ke Arash Allah S.W.T mereka melebarkan sayap-sayap mereka menurunkan rahmat Allah kepada orang yang berada didalam majlis ilmu tersebut.
sahabat-sahabat yang saya sayangi sekalian,
mereka juga akan memohon keampunan daripada Allah untuk setiap hamba yang berada didalam majlis ilmu tersebut. Malaikat adalah hamba Allah yang tidak pernah meninggalkan setiap perintah Allah tambahan pula ingin mengingkari perintah Allah. doa daripada para malaikat in shaa Allah akan didengari oleh Allah dan akan ditunaikan oleh Allah. jikalau dilihat dari sudut itu, sudah banyak nikmat yang telah kita peroleh seperti nikmat rahmat, keampunan dan keredhaan daripada Allah S.W.T.
IN SHAA ALLAH, saya akan sambung perkongsian ilmu kita dalam masa yang terdekat. saya tidak mahu ilmu yang sahabat-sahabat dapat hari ini banyak tapi nanti terlupa. jadi biarlah sedikit tapi berkualiti. in shaa Allah. cuba hadam dulu perkongsian kita kali ini. cuba renung sejenak. selama ini kita pergi ke mana-mana majlis ilmu, tambahan pula majlis ilmu yang terpaksa pergi atas desakan dari pihak-pihak tertentu. cuba belajar ikhlaskan diri dalam setiap perkara, kerana setiap bentuk kesukaran dan cubaan yang kita hadapi adalah datang dari ALLAH. mungkin kita rasa benda tu hanya buang masa sebab tak masuk periksa yang akan datang, tapi Allah perintahkan kita untuk belajar. belajar adalah fardhu ain keatas setiap muslim.
ASSALAMUALAIKUM. :)
Saturday, 28 November 2015
Assalamualaikum,
Selamat petang saya ucapkan kepada seluruh warga umat Islam. alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang dan ruang untuk terus hidup diatas muka bumi tuhan dan masih lagi diberi nikmat oleh tuhan. Andai kata rezeki kita telah Habis, maka berakhirlah kehidupan kita diatas muka bumi ini.
sahabat-sahabat yang saya hormati sekalian,
pada hari ini saya ingin berkongsi mengenai rahmat dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada kita, hambanya. Sebelum saya menerangkan lebih lanjut mengenai tajuk saya hari ini, ingin saya berkongsi sedikit kalimah-kalimah suci Allah dalam kalam suci Al-Quran, Allah berfirman:
" Barangsiapa yang bersyukur diatas rezeki yang kami kurniakan, nescaya kami akan menambah rezekinya, dan jika tidak, ingatlah sesungguhnya azab Allah itu amat pedih".
sebenarnya, kalau nak dihitungkan rahmat dan kurniaan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kurniakan kepada semua manusia diatas muka bumi ini nescaya tidak mampu dikira bahkan jikalau air laut dijadikan tinta untuk menulis setiap kurniaan Allah, nescaya air laut itu tidak mencukupi.
sahabat-sahabat yang saya sayangi sekalian,
pernahkah kita mensyukuri diatas setiap pemberian Allah kepada kita? ada yang kata selalu, ada yang kata jarang-jarang,dan ada yang kata "eh, tak tahu pun kena buat macam tu". sahabat-sahabat, mari kita renung balik apa yang Allah perintahkan kepada kita dalam terjemahan diatas sebentar tadi. saya ingin mengajak diri saya sendiri dan sahabat-sahabat sekalian untuk ingat kembali kepada Allah. ingat kembali kepada setiap nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita dan belajarlah bersyukur daripadanya. semoga Allah S.W.T merahmati sahabat-sahabat sekalian.
IN SHAA ALLAH. :)
ASSALAMUALAIKUM...

Subscribe to:
Posts (Atom)